Sekolah Kebangsaan
Dato’ Panglima Bukit Gantang adalah merupakan sebuah sekolah yang tertua di
Daerah Larut Matang dan Selama. Sekolah ini telah dibuka sekitar tahun 1896.
Walau bagaimanapun, pengasas sekolah ini telah menjalankan aktiviti pengajaran
sejak tahun 1894 lagi yang bertempat di rumahnya sahaja tanpa bangunan yang
khusus.
Pada
asalnya, sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Bukit Gantang kemudian ditukar
kepada Sekolah Umum Bukit Gantang. Nama ini digunakan sekitar 50an. Setelah itu
nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Gantang. Akhir
sekali pada tahun 1979, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Dato’
Panglima Bukit Gantang. Nama ini diambil sempena nama salah seorang Orang Kaya
Lapan Negara Negeri Perak yang berasal dari Bukit Gantang.
No comments:
Post a Comment