SELAMAT DATANG BLOGSPOT SK DATO' PANGLIMA BUKIT GANTANG

Sunday, 26 April 2015

Majlis Perlancaran dan Minggu Anti Dadah

Sekitar Majlis Perlancaran dan Minggu Anti Dadah. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang Minggu Anti Dadah antaranya Ceramah Anti Dadah, Kuiz, Sajak , Mewarna. Aktiviti ini banyak memberikan manfaat kepada murid-murid di sekolah ini. Semoga murid-murid mendapat manfaat dari Minggu Anti dadah ini.

Lawatan PPKI ke Kolej Komuniti Kuala Kangsar

PPKI SK DATO ' PANGLIMA BUKIT GANTANG telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kolej Komuniti bersama para guru dan pelajar. Lawatan ini berlansung selama dua hari. Beberapa bingkisan gambar sepanjang lawatan ini.

Monday, 6 April 2015

Sekitar Majlis Perlancaran Program Guru Penyayang dan Sambutan Hari Lahir Murid

Unit Bimbingan Kaunseling dan Unit HEM telah melancarkan Program Guru Penyayang dan Sambutan Hari Lahir Murid yang lahir pada bulan Januari dan March.Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKDPBG.Tujuan program ini bagi meraikan hari lahir murid dibawah guru penyayang. Murid-murid sungguh teruja dengan majlis sambutan ini kerana murid yang diraikan tidak mengetahui sambutan hari lahir ini. Diharapkan majlis sambutan hari lahir ini menjadi kenangan terindah bagi murid-murid ini. Beberapa bingkisan gambar sekitar majlis ini. Mais_15

Monday, 9 March 2015

Fotografi Guru SKDPBG 2015

Gambar-gambar sekitar sesi fotografi SK. Dato' Panglima Bukit Gantang. Guru-guru yang ingin copy gambar ini bolehlah download dibahagian download blog sekolah. Mais _15

Sunday, 8 March 2015

Tahniah kepada Pasukan Bola Jaring mewakili Simpang

Tahniah dan syabas kepada kedua-dua pasukan bola jaring yang mewakili Zon Simpang yang telah muncul juara dan naib juara. Simpang A telah muncul sebagai juara manakala Simpang B muncul sebagai Naib juara,tempat ketiga disandang oleh Terung A dan Keempat  Selama A. Murid SKDPBG iaitu Ainatul Balqis dan Ummi Hani telah mewakili Simpang B yg menduduki tempat kedua. Syabas diucapkan kepada mereka yang bermain dengan penuh semangat kesukanan. Beberapa keping gambar sebagai bingkisan pertandingan.....
                                                            Mais_15












Monday, 2 March 2015

Sekitar Majlis Penyerahan KWAMP SKDPBG


Seramai 60 orang ibu bapa telah menerima KWAMP pada minggu. Wang KWAMP diserahkan oleh wakil guru kelas. Moga wang KWAMP yg diperoleh dapat dimanfaatkan.
                                                            Mais_15

Pemenang Kelas Terbersih

Tahniah dan syabas pada kelas 5 Bestari yg dapat mengekalkan kejuaraan dalam Kelas Terbersih minggu ini.

                                                             Mais_15